Saturday, 11 February 2012

10 rahsia cinta yang perlu anda ketahui


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak mungkin dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta itu Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas bersedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Bersedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Bersedia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta dan bersedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya memberi tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


ini cinta teragungku..


Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak diperkatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya, mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana persona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Cinta perlukan Bukti?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.



Wednesday, 8 February 2012

kenangan terindah 2012

hehehe... mmg tak bleh blah ar tahun 2012 ni... betul ar tahun naga ni bawak tuah and kekayaan... aku pun dh dapat rasakan... korg tau tak... baru2 ni company aku ader ar wat annual dinner... lepas tu ader ar wat lucky draw... banyak gila hadiah... sblm aku g dinner ni... aku and laki aku dh berdoa gile2 tahap gaban nya... kitorg punya wish and harap aku dapat adiya tv... almaklumlah kat umah aku cuma ader tv kecik jer... aku rasa 21" jer... pastu tv tu mmg tunggu masa untuk dikapan kan... nape tak beli baru???? jangan harap la... kitorg ni komitmen banyak... daripada tambah utang baik kitorang maintain ngan utang yang ader tu... 

korang nak tau ker aper aku dapat masa annual dinner ari tu... hehehe... korang pun mesti terkejut and tak percaya... rezki berpihak pada aku... 

korang jangan terkejut... hadiah yang aku dapat ni first prize tau... aku dapat iPhone 4S... 


jeles tak ngan hadiya aku ni...

lepas je aku dapat hadiah ni.. aku pe lagi tros la sms laki aku... "baba... ma dapat... iPhone 4S... jangan mare"... korang tau laki aku trus balas sms aku... " nape iPhone... ba tak nak... nape tak dapat tv"... punya la aku frustrate gile ngan laki aku... dapat first prize kot... tak kan tak nak kot....

tak per ar aku ngalah jer.. aku tau kalo aku bawa balik hadiah ni mesti dia org pertama yang nyibok...  ermm... tak sempat aku bawak balik... tiba-tiba member aku yang dapat hadiah tv ni request kat aku nk tukar suka sama suka... hahaha... aku terdiam... aku punya la pikir... kalo aku bawak balik iPhone kompom bukan aku yang guna... mesti laki aku yang nyibok nak guna... kalo aku bawa balik tv... puas ati aku... sebab mmg itu yang kitorang harapkan... anak2 aku pun mesti seronok... korang mesti bengang kan sebab aku wat keputusan aku tukar hadiah tu... 


tv ni la yang aku tukar ngan iPhone 4S aku...

ramai yang cakap tak berbaloi aku tukar... tapi aku peduli ape... bukan duit aku kuar pun untuk beli benda ni... lagipun menda ni bleh puaskan ati aku ngan laki and anak2 aku... hehehe... tapi aper2 pun... aku bersyukur sangat sebab aper yang aku hajatkan tercapai... moga2 rezki anak2 aku bertambah tahun 
ni... k la... aku nak sambung keje aku... nanti aku share lagi story ngan korang... adios...


nak kenal ngan aku ker???? thanks...

samekom... aku pun tak tau nak write per kat dalam ni... tapi tangan ni gatal nak wat blog... yer ar.. kekadang menda ni bleh gak release kan tension... aku ni suka menulis.. tapi sendiri tulis sendiri bace ar... kalo marah ker... geram ker.. rindu ker... semua aku tulis... kalo ader blog ni... bleh la aku hentam macam2 kan.. dok tengah taip ni lupa nk kenalkan diri aku... welcome to the club... aku zura... aku dh kawin ngan epul (ni nama dia kat KL)... laki aku ni banyak nama... kalo kat Johor orang panggil dia 'wakpan'... aku pun x paham maksud nya pe... kalo kat Penang plak 'anot'... ni aku paham... dia cakap org blah utara panggil anuar pendek jer dengan panggilan anot... hehehe... mcm2 la... aku dok kt KL... anak aku ader 2 orang.. yg sulung lelaki namanya Akif Qayyum... yg no 2 pompuan Auni Qhairunnisa... sedapkan name anak2 aku... tgk ar mama and baba dia... ape la aku merepek ni... ok la kot utk sesi suai kenal kita...
 

ni aku ngan laki aku...

bdk 2 org ni la permata ati aku...

anak2 aku ni tak makan saman.. aku tak tau la dorang ni ikut pangai sape.. mama dia ke baba dia... hehehe.. tapi kadang2 dorg ni pun bleh hilang kan stress gak.. and kadang2 penambah stress... paling tak tahan kalo dorg bergaduh...memang tak tau nak wat  cam ne... yang adik tu tak padan ngan pompuan... pangai macam jantan... mmg jangan haraplah aku nk tambah sorang lagi...

eh aku ni... dok membebel jer.. kata nk suai kenal jer... ni macam dh jadi terlebih kenal dh... tak pe la... nnt aku continue lagi... lagi pun dh lewat malam ni... esok nak keje... nanti laki aku pelik plak lama sangat aku dok hadap pc malam ni... bila nk hadap dia kan... see u all... nnt kalo der paper info atau story aku share ngan korang yer... hehehe... adios..